Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Tingkat 1K1P menerusi masakan Kedayan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JAN – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Jerudong B melalui Biro Wanita mengambil inisiatif untuk membantu perekonomian ahlinya dengan menjual makanan masakan kampung di gerai Pasar Jerudong.

    Menjual masakan dan makanan tradisi Kedayan pada setiap hari Jumaat dan Ahad merupakan salah satu aktiviti MPK berkenaan.

    Antara objektif jualan adalah untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, meningkatkan Satu Kampung Satu Produk (1K1P) Jerudong B dan memupuk semangat bersatu padu sesama ahli.

    Orang ramai yang ingin menikmati masakan tradisi puak Kedayan boleh mengunjungi gerai berkenaan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan iaitu memakai pelitup muka setiap masa, mengimbas kod QR dan mematuhi penjarakan fizikal bagi membendung penularan wabak COVID-19.

    Ahli MPK Jerudong B bergambar ramai di salah satu gerai di Pasar Jerudong.
    Antara masakan tradisi Kedayan yang dijual di gerai berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...