Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat aktiviti perekonomian MPK

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Bagi meningkatkan aktiviti perekonomian, Majlis Perundingan Kampung Jerudong (MPK Jerudong) mengadakan jualan makanan tradisi di Gerai MPK Pasar Jerudong.

    Perasmian Jualan MPK Jeru-dong berkenaan, hari ini, telah disempurnakan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas, Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Awang Rosdin bin Haji Abdul Aziz.

    Juga hadir ialah Penghulu Mukim Sengkurong, Dr Haji Abdullah Hanif bin OKMD Haji Saman dan Penasihat MPK Jerudong B, Awang Abdul Hamid bin Abas.

    Pelbagai jenis masakan dan makanan dijual di gerai berkenaan antaranya daging dan ayam masak kunyit, gulaian rebung, pucuk ubi kayu, pais-paisan, dalamu sumbui-sumbui, Si Bujang Mandi, bubur dadak dan banyak lagi.

    Menurut Pemangku Ketua Kampung Jerudong ‘B’, Awang Kamis bin Panjang, selain menjana pendapatan, jualan yang diadakan setiap Ahad itu juga bermatlamat untuk mempromosi masakan dan makanan tradisi oleh penduduk di kampung berkenaan.

    Awang Rosdin merasmikan Jualan MPK Jerudong yang diadakan setiap Ahad di Gerai MPK Jerudong.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda