Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat bekalan stok melalui kempen derma darah

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OGOS – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah.

    Sehubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen derma darah yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai pada 18 Ogos di Function Room, Tingkat 2, Bangunan The One, Jalan Laksamana Abdul Razak, Batu Satu bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang; pada 19 Ogos di The Daun Restaurant, Bangunan Blok A, Wisma P.H. Apong, Kampung Kiulap bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang; pada 21 Ogos di Mutiara Hall, Tingkat 12, Bangunan 1, Mutiara Exchande, Tungku Link bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang; dan pada 23 Ogos di Function Room, Tingkat 2, Bangunan The One, Jalan Laksamana Abdul Razak, Batu Satu anjuran One Stephen Sdn Bhd bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

    Di samping itu, orang ramai adalah juga dialu-alukan untuk tampil ke hadapan bagi menderma darah untuk sama-sama membantu meningkatkan bekalan stok darah, dengan datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi menderma darah pada waktu bekerja bermula pukul 8 pagi hingga 11.pagi dan pukul 1:30 petang hingga 4 petang.

    Para penderma darah yang berminat adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Envato

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda