Sunday, February 9, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat ilmu pengetahuan kalangan saudara baru

    Oleh Ampuan Irma Susanti Ampuan Hussain

     

    TEMBURONG, 3 Nov – Dalam usaha bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan di kalangan saudara baru di Daerah Temburong khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan agama Islam, Unit Dakwah Daerah Temburong, baru-baru ini, telah mengadakan Kursus Pengukuhan Akidah dan Pemahaman Ugama Islam bagi saudara-saudara baru di Balai Ibadat Kampung Semabat, di sini.

    Kursus tersebut diisikan dengan sesi ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah undangan, Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Haji Jamil bin Haji Abdul Ghani bertajuk ‘Islam Memandu di Dunia dan Akhirat’ dan diteruskan dengan ceramah bertajuk ‘Indahnya Islam’ yang disampaikan oleh Awang Isham bin Haji Ismail.

    Kursus tersebut dihadiri lebih 50 orang peserta yang terdiri daripada penduduk kampung di daerah ini.

    Awang Isham ketika berinteraksi bersama para peserta semasa menyampaikan cera-mahnya pada kursus tersebut.

    Kursus seumpama ini diharap dapat meningkatkan bidang pendidikan ugama kepada para peserta dan terus mengulang kaji, memperbaiki, menghalusi dan meningkatkan lagi kefahaman yang sedia ada untuk diamalkan dalam kehidupan seharian dan menghayati ajaran Islam dengan penuh keyakinan serta ketakwaan kepada Allah S.W.T.

    Pada tahun 2016, Daerah Temburong telah mencatatkan seramai 18 orang saudara baru dan seramai 11 orang dicatatkan sehingga November 2017.

    Unit Dakwah Daerah Temburong merupakan salah sebuah agensi kerajaan yang sentiasa memeduli hal ehwal kebajikan masyarakat muslim di negara ini termasuk saudara-saudara baru sama ada yang baru mahupun yang telah lama memeluk agama Islam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda