Saturday, October 26, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kebolehan pelajar guna ICT

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Buat julung kalinya, Sekolah Tunas Jaya (STJ) Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) Lambak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal Kampung Ibai, Terangganu Darul Iman, Malaysia telah mengadakan Program Penyerapan Sekolah, secara dalam talian, yang dilaksanakan di bawah program pengantarabangsaan kedua-dua buah sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Pada program berkenaan, STJ PGGMB Lambak diketuai oleh Guru Besar, Haji Roslan bin Haji Mohd Hassan, manakala mengetuai Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal ialah Nor Rafidah binti Mahmood@Ghazali.

    Program itu menyaksikan penyertaan dari kira-kira 30 orang guru dan murid daripada kedua-dua sekolah secara maya.

    Menurut Haji Roslan, program kali ini disertai khusus oleh guru-guru mata pelajaran Bahasa Inggeris berserta beberapa orang murid-murid Tahun 5 sekolah berkenaan.

    STJ PGGMB Lambak mengambil inisiatif menganjurkan program pertukaran itu untuk meningkatkan prestasi dan kebolehan pelajar-pelajar dalam penggunaan ICT dalam proses pembelajaran melalui perkongsian pelbagai maklumat berkaitan sistem pendidikan, persekolahan, alam sekitar dan kebudayaan di negara masing-masing yang disertakan dengan tayangan video dan gambar-gambar.

    Program itu juga dihasratkan untuk membina keyakinan pelajar-pelajar berinteraksi secara langsung dengan pelajar-pelajar luar negara dengan menggunakan bahasa Inggeris.

    Kedua-dua buah sekolah akan merancang program-program seterusnya termasuk pertukaran lawatan-lawatan.

    Program Penyerapan Sekolah yang diadakan STJ PGGMB Lambak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal secara dalam talian, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN STJ PGGMB LAMBAK
    GAMBAR SERAHAN STJ PGGMB LAMBAK

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda