Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kecergasan, gaya hidup sihat

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Dengan matlamat untuk meningkatkan tahap kesihatan, kecergasan dan semangat berpasukan, acara kecergasan Prison FitX Challenge Iron Will sempena ulang tahun ke-71 penubuhan Jabatan Penjara telah diadakan di Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam selama tiga hari bermula hari ini hingga 26 Oktober.

    Majlis pembukaan acara berkenaan telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Salminan bin Haji Burut, yang turut menyempurnakan sesi pelepasan peserta sebagai simbolik pelancaran acara itu.

    Awang Salminan turut menyaksikan cabaran fizikal di beberapa buah stesen pertandingan serta melawat petak pameran berkaitan kesihatan dan kecergasan.

    Penganjuran acara berkenaan bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan, kecergasan dan semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja kementerian dan agensi keselamatan serta orang ramai, di samping memupuk gaya hidup sihat dan aktif.

    Awang Salminan menyempurnakan pelepasan peserta bagi acara berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Para peserta semasa menyertai acara tersebut. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda