Tuesday, July 9, 2024
22.8 C
Brunei

    -

    Tingkat kefahaman komprehensif tentang AI

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Sebagai sebahagian daripada Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (MYCE) 2024, Universiti Teknologi Brunei (UTB) meneruskan kategori kedua Robotic and Coding Conquest (RCC) 2024, yang memberikan tumpuan kepada kecerdasan buatan (AI).

    Dalam acara itu, peserta terlibat dalam trek pertandingan Building Intelligent Machines, yang bermula dengan sesi bootcamp pertama yang diadakan di Artificial Intelligence and Machine Learning (AiML) Lab UTB.

    Ditaja oleh Shell Deepwater Borneo BV, bootcamp yang berakhir baru-baru ini bertujuan untuk menyediakan peserta dengan pemahaman yang komprehensif tentang teknologi AI.

    UTB dalam siaran akhbar hari ini telah mengongsikan aktiviti pada hari pertama di mana jurulatih dan Pengurus AI Shell, Nikhil Chirayath Davies dan Pengurus Teknikal Kanan NLP, Merce Vintro Ricart, memperkenalkan peserta kepada asas Generative AI, termasuk konsep utama dan aplikasi praktikal.

    Manakala pada hari kedua pula, tumpuan diberikan kepada extended reality (XR) dan metaverse, dengan sesi mengenai konsep asas teknologi XR, termasuk realiti maya (VR), realiti terimbuh (AR) dan realiti gabung (MR) disampaikan oleh Penganalisis Inovasi XR, Elanthirayan Madhavan.

    Pada hari ketiga, peserta berpeluang meneroka pengenalan kepada Platform Tenaga dan MR, memperoleh pengalaman praktikal dengan platform kuasa dan integrasi MR dalam projek AI.

    Bootcamp diakhiri dengan Perbincangan Projek Capstone di mana peserta berpeluang mempamerkan projek dan membincangkan pengalaman mereka, serta menerima maklum balas daripada jurulatih dan rakan-rakan.

    Para perserta yang terlibat bergambar ramai semasa sesi bootcamp tersebut. – GAMBAR SERAHAN UTB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Perintah berkurung dikuatkuasakan di pedalaman Australia

    CANBERRA, 8 JULAI – Pihak berkuasa di sebuah bandar pedalaman Australia telah menguatkuasakan perintah berkurung susulan beberapa siri insiden keganasan, lapor Xinhua. Pesuruhjaya Polis Wilayah...