Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kefahaman pegawai, guru mengenai peraturan am

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Seramai 30 orang pegawai pelajaran dan guru-guru Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) telah menghadiri Taklimat Peraturan-peraturan Am Perkhidmatan Awam (GO & FR), kelmarin.

    Taklimat anjuran Unit Perkembangan Staf dan Bahagian Pentadbiran II, SMALHB itu adalahh bagi meningkatkan kefahaman para pegawai dan guru-guru mengenai peraturan-peraturan am selaku warga perkhidmatan awam dalam sektor kerajaan.

    Turut hadir pada taklimat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jasmin SMALHAB itu ialah Pemangku Pengetua SMALHB, Pengiran Hajah Radiah binti Pengiran Haji Mohd Tahir.

    Taklimat sesi pertama yang bertajuk ‘Peraturan Am’ telah disampaikan oleh Pegawai Penyelidik di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dayang Nur Hawani binti Haji Sulaiman.

    Taklimat sesi kedua yang menyentuh mengenai kemudahan dan peraturan berkaitan cuti telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Kakitangan, JPA, Awang Mohd Noor Al Faisal bin Haji Mohd Osmena, manakala ‘Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Penggal B (Tatatertib)’ disampaikan oleh Pegawai Kakitangan JPA, Dayangku Siti Noryol Faeizah binti Pengiran Haji Omarali.

    Melalui sesi taklimat tersebut, para pegawai telah mendapat banyak maklumat penting dan relevan serta berpeluang bertukar-tukar fikiran mengenai urusan kerja seharian sebagai anggota perkhidmatan awam.

    Terdahulu, taklimat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Pegawai Pelajaran Al-Quran, SMALHB, Awang Muhd Faizal Lutfi bin Abdul Wahid.

    Pengiran Hajah Radiah semasa menghadiri taklimat tersebut. – Gambar serahan SMALHB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda