Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kefahaman pelaksanaan pengintegrasian

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Hampir 700 orang pegawai dan tenaga pengajar Jabatan Pengajian Islam, yang terdiri dari 145 orang guru besar, 174 orang ketua guru ugama dan 326 orang guru-guru ugama yang terlibat dalam pelaksanaan pengintegrasian, kelmarin, menghadiri sesi perjumpaan bersama Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam, kelmarin.

    Sesi perjumpaan bertujuan untuk mengukuhkan lagi kefahaman mengenai pelaksanaan Pengintegrasian Mata Pelajaran Ugama Ke Dalam Sistem Pendidikan Ugama yang telah mula dilaksanakan pada 1 November lalu.

    Dalam ucapan Yang Berhormat Pehin, beliau menjelaskan bahawa kedua-dua kementerian iaitu Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan sama-sama berganding bahu untuk memastikan proses pelaksanaan pengintegrasian itu berjalan dengan lancar dan teratur.

    Jelas Yang Berhormat Pehin, Kementerian Hal Ehwal Ugama meyakini dari awal lagi bahawa sekolah ugama sebagai sistem pendidikan dan pembelajaran ugama yang formal yang sudah berjalan lebih 60 tahun akan terus wujud.

    Perkara yang mendasar itu ditegaskan lagi oleh Kebawah Duli Yang Maha Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah semasa keberangkatan tidak berjadual Baginda ke Kementerian Hal Ehwal Ugama baru-baru ini, bahawa “tidak ada sebarang tujuan untuk menghapuskan sekolah ugama” yang menurut Baginda, “sekolah ugama adalah rangkaian dari MIB dan salah satu jati diri negara yang kita banggakan.”

    Menteri Hal Ehwal Ugama ketika menyampaikan ucapannya, kelmarin.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Khamis.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda