Wednesday, April 23, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kefahaman pematuhan cukai pendapatan korporat

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Sesi Pemberigaan Cukai Pendapatan Korporat yang diadakan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) melalui Bahagian Hasil di Bilik Serba Guna 2, Tingkat 3, Island Block, MOFE, petang tadi.

    Antara lain tujuan taklimat itu diadakan ialah untuk meningkatkan kefahaman kepada syarikat-syarikat perniagaan mengenai skop percukaian di negara ini, di samping meningkatkan kesedaran terhadap obligasi dan tanggungjawab syarikat-syarikat perniagaan ke atas pematuhan Cukai Pendapatan Korporat.

    Dalam taklimat tersebut, pegawai dari Bahagian Hasil telah menjelaskan secara menyeluruh antaranya tentang asas penaksiran cukai, pematuhan untuk pemfailan penyata cukai dan perkiraan cukai, selaras dengan Akta Cukai Pendapatan, Penggal 35.

    Sesi pemberigaan itu adalah salah satu usaha berterusan MOFE dalam memperkukuhkan lagi tahap pematuhan cukai dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan cukai korporat kepada orang ramai terutama dalam kalangan pembayar cukai di negara ini.

    Para pegawai dari Bahagian Hasil semasa menyampaikan taklimat pada sesi tersebut. – GAMBAR YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda