Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kefahaman peranan wanita

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mac – Menyedari kepentingan wanita dan institusi keluarga dalam menanai hasrat negara, Pusat Kajian Fiqh Al-Usrah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Muslimah Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Madang mengambil inisiatif menganjurkan Nadwah Khas Wanita Fiqh Al-Usrah sebagai usaha ke arah meningkatkan kefahaman dan kesedaran peranan wanita dan institusi keluarga menjayakan wawasan negara.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit itu ialah isteri Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datin Paduka Hajah Jahrah binti Haji Mohamad.

    Kira-kira 200 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan, pasukan-pasukan beruniform dan ahli-ahli Muslimah masjid menghadiri majlis berkenaan.

    Nadwah Khas Wanita Fiqh Al-Usrah bertema ‘Menjayakan Wawasan Negara: Peranan Wanita dan Keluarga’ ini dianjurkan bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-34. Ia juga diadakan untuk mencapai wawasan negara, yang mana masyarakat terutama keluarga berperanan menggilap dan memperkukuhkan kemahiran dan jati diri dan sikap generasi muda memandangkan mereka merupakan aset penerus hasrat negara.

    Kira-kira 200 orang peserta daripada pegawai dan kakitangan di jabatan-jabatan kerajaan dan Muslimah masjid hadir di Majlis Nadwah Khas Wanita itu.

    Bagi membincangkan tema berkenaan, Nadwah tersebut mengetengahkan ahli-ahli panel yang terdiri daripada ilmuan dan pakar dalam bidang masing-masing iaitu Penolong Kanan Profesor Fakulti Usuluddin, KUPU SB, Dr. Mikdar Rusdi dan Pegawai Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Irnawati binti Haji Mahir dengan dipengerusikan oleh Penolong Pensyarah Fakulti Syariah, KUPU SB, Awang Azman bin Haji Kassim.

    Nadwah atau forum berkenaan dihasratkan akan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang hadir terutama Muslimah  dan diharap dapat mencapai objektifnya iaitu mengetengahkan peranan wanita dan institusi keluarga bagi melahirkan generasi berwawasan, menjadikan pengalaman dan tip-tip berkaitan Tarbiyah Usariyah (pendidikan kekeluargaan) dalam membentuk generasi yang berwawasan dengan berpaksikan kepada akidah Ahli Sunnah Waljamaah dan menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan hidup.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda