Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) melalui Bahagian Hasil telah menganjurkan Sesi Pembarigaan Cukai Pendapatan Korporat bertempat di Bilik Serba Guna 2, Tingkat 3, Island Block, MOFE, baru-baru ini.
Sesi pembarigaan tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman kepada syarikat-syarikat perniagaan me-ngenai skop percukaian di negara ini, di samping untuk meningkatkan kesedaran terhadap obligasi dan tanggungjawab syarikat-syarikat perniagaan ke atas pematuhan Cukai Pendapatan Korporat.
Semasa taklimat itu, pegawai dari Bahagian Hasil telah menjelaskan secara menyeluruh antaranya tentang asas penaksiran cukai, pematuhan untuk pemfailan penyata cukai dan perkiraan cukai, selaras dengan Akta Cukai Pendapatan, Penggal 35.
Sesi pembarigaan ini merupakan salah satu usaha berterusan MOFE dalam memperkukuhkan lagi tahap pematuhan cukai dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan cukai korporat kepada orang ramai terutama dalam kalangan pembayar cukai di negara ini.