Monday, July 14, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kefahaman skop percukaian

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi tahap pematuhan cukai, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) melalui Bahagian Hasil telah mengadakan Sesi Pemberigaan Cukai Pendapatan Korporat yang berlangsung di Bilik Serbaguna 2, Tingkat 3, Island Block, MOFE pada 9 Julai lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MOFE, di sini, sesi berkenaan bertujuan meningkatkan kefahaman syarikat-syarikat perniagaan mengenai skop percukaian di Negara Brunei Darussalam di samping meningkatkan kesedaran terhadap kewajipan dan tanggungjawab syarikat-syarikat perniagaan ke atas pematuhan Cukai Pendapatan Korporat.

    Dalam taklimat berkenaan, pegawai dari Bahagian Hasil menjelaskan secara menyeluruh mengenai asas penaksiran cukai, pematuhan untuk pemfailan penyata cukai dan perkiraan cukai, selaras dengan Akta Cukai Pendapatan, Penggal 35.

    Sesi pemberigaan itu merupakan salah satu usaha berterusan MOFE dalam memperkukuhkan lagi tahap pematuhan cukai dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan cukai korporat kepada orang ramai terutama dalam kalangan pembayar cukai di negara ini.

    Antara yang hadir pada taklimat tersebut. – GAMBAR SERAHAN MOFE
    Pegawai dari Bahagian Hasil memberikan penjelasan semasa taklimat itu. – GAMBAR SERAHAN MOFE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda