Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Bagi meningkatkan kefahaman syarikat-syarikat perniagaan mengenai skop percukaian di negara ini, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) melalui Bahagian Hasil telah mengadakan Sesi Pemberigaan Cukai Pendapatan Korporat hari ini.
Sesi pemberigaan berlangsung di Bilik Serbaguna 2, Tingkat 3, Island Block, kementerian berkenaan antara lain menekankan kepentingan pematuhan terhadap obligasi dan tanggungjawab cukai pendapatan korporat.
Penerangan menyeluruh oleh pegawai daripada Bahagian Hasil mengenai asas penaksiran cukai, keperluan pematuhan bagi pemfailan penyata cukai serta perkiraan cukai, selaras dengan Akta Cukai Pendapatan, Penggal 35.
Usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan MOFE dalam memperkukuhkan tahap pematuhan cukai di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan cukai korporat dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negara.



