Tingkat kemahiran pengauditan industri halal

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Seramai 18 peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan kementerian, pelajar dan orang-orang persendirian telah menyertai Program Upskilling dan Reskilling: Bengkel Pengauditan Dalaman Halal anjuran Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), baru-baru ini.

Bengkel yang diadakan di Bilik Bankuet, UNISSA itu bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengauditan khusus di dalam bidang industri halal dengan memberikan kefahaman mengenai kaedah pengurusan program audit dalaman bermula daripada peringkat perancangan sehingga penulisan laporan serta untuk memahami komponen-komponen produk halal.

Pada program tersebut, bengkel telah disampaikan oleh Dr Mohd Shahril bin Ahmad Razimi dan Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim.

Bagi sebarang keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 204/202.

Gambar ramai bersama para peserta Program Upskilling dan Reskilling: Bengkel Pengauditan Dalaman Halal anjuran UNISSA, baru-baru ini. – Gambar serahan UNISSA