Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kemahiran, pengetahuan memandu

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Dalam usaha untuk melengkapkan dan meningkatkan kemahiran memandu yang selamat pemanduan Volvo Trucks di negara ini, Boustead Sdn Bhd, pengedar sah Volvo Trucks di Brunei, hari ini, telah mengadakan Latihan Pemandu dan Pembangunan untuk pemandu lori Aziz Latif Transport Sdn Bhd di Serambangun, Tutong.

    Latihan tersebut diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran memandu, pengetahuan tentang kenderaan, rutin pemeriksaan kenderaan asas dan berkongsi tatacara serta amalan terbaik pemanduan.

    Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengurangkan jumlah pemilikan lori, meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, di samping menambah ketersediaan lori bagi meningkatkan kecekapan dan keuntungan operasi harian.

    Antara pengisian latihan itu termasuk teori dan praktikal pakej khas untuk model lori tertentu. Ia bukan merupakan latihan yang hanya dilakukan secara bersekala malahan latihan tersebut merangkumi latihan yang dilakukan secara berkumpulan termasuk persendirian.

    Boustead Sdn Bhd juga memenuhi keperluan pelanggan dan menawarkan latihan khusus untuk pemandu termasuk bagi pakar armada di mana di negara ini Volvo Trucks telah menawarkan rangkaian latihan teori asas. Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Komersial Boustead, Alex Yong, menjelaskan bahawa latihan dan pembangunan pemandu adalah bahagian penting dalam rantaian bekalan logistik yang sering diabaikan.

    Beliau menambah, disebabkan persekitaran yang sentiasa berubah seperti penggantian pemandu, peningkatan perjalanan, beban trafik dan teknologi, kemahiran pemandu perlu sentiasa ditingkatkan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan. Industri trak sangat penting kepada ekonomi kerana perkhidmatan lori sangat diperlukan untuk pengangkutan makanan dari satu tempat ke tempat yang lain, di mana pemandu yang berkemahiran akan memastikan penghantaran yang dilakukan itu selamat.

    Selain itu, Volvo Trucks turut menyediakan latihan yang diperakui oleh kakitangan Volvo yang ditugaskan untuk latihan dan pengeluaran sijil bagi enam modul kelayakan untuk pemandu profesional.

    Para peserta bergambar ramai semasa mengikuti latihan tersebut. – GAMBAR SERAHAN BOUSTEAD SDN BHD
    GAMBAR SERAHAN BOUSTEAD SDN BHD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda