Boston Dynamic merupakan sebuah syarikat pembangun robot yang paling dikagumi di seluruh dunia. Kehebatan Boston Dynamics terbukti apabila Google sanggup mengambil alih syarikat itu sebelum dibeli pula oleh Softbank. Selepas bertahun, mereka akhirnya mengumumkan jualan robot Spot berkaki empat. Dengan sekali caj, Spot boleh berfungsi selama 90 minit dengan kemampuan membawa beban sehingga 14 kilogram.