Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Tingkat kepadatan penduduk cara halal

    Saya tertarik dengan tulisan Mat Thunberg pada keluaran bulan lepas.

    Sebagai seorang ahli konservasi hutan hujan tropika, saya yakin beliau menulis bagi meningkatkan kesedaran orang ramai supaya tidak sesuka hati menebang pokok sebelum membuat perancangan yang betul.

    Namun, saya menulis hari ini bagi menjawab isu ‘missing link’ yang dibangkitkan oleh beliau.

    Bagi meningkatkan kepadatan penduduk, apa kata kerajaan tawarkan skim kahwin orang luar?

    Bagi lelaki tempatan yang mengahwini perempuan asing dan bagi perempuan tempatan yang mengahwini lelaki asing, kerajaan perlu memberi subsidi atau tajaan bagi urusan perkahwinan mereka.

    Tujuan utama langkah ini diadakan adalah untuk meramaikan jumlah penduduk di Negara Brunei Darussalam sekali gus meningkatkan lagi kepadatan penduduk di sini.

    Apabila kepadatan penduduk bertambah, perkara ini dapat memacu ekonomi setempat kerana permintaan domestik pastinya naik seiring peningkatan populasi.

    Dalam bahasa mudahnya, semakin ramai orang yang tinggal di sini, semakin tinggi permintaan untuk sewaan/pemilikan rumah, makanan dan minuman, serta perkhidmatan-perkhidmatan lain. Ini akan memberikan keuntungan kepada para peniaga tempatan.

    Secara tidak langsung, peningkatan penduduk ini sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah yang merisaukan Mat Thunberg seperti dalam luahannya sebelum ini.

    Manakala langkah kerajaan dalam menyokong usul saya ini, jika ia direalisasikan, pasti dapat membantu saya menikmati perkahwinan percuma!

    Awangku Bujang

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Banjir kilat bunuh 8, 23 askar hilang

    NEW DELHI, 5 OKT - Hujan lebat secara tiba-tiba mencetuskan banjir kilat kelmarin di timur laut India yang membanjiri beberapa bandar, menghanyutkan sebuah jambatan...