Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kepekaan memilih alat peranti

    KEMUNCULAN pelbagai barisan peranti pintar membuatkan ada di antara kita yang teruja untuk mendapatkan telefon pintar baharu.

    Malah ada di antara individu yang turut mengumpulnya untuk dijadikan sebagai koleksi sekaligus menjadi hobi pada era moden ini.

    Bagaimanapun, dalam mendapatkan yang terbaharu, pengguna bukan saja perlu peka dengan panduan untuk membeli peranti, malah perlu mengelakkan daripada perkara berikut:

    Tidak tertipu dengan iklan

    Iklan pastinya direka untuk menarik perhatian penonton. Bagaimanapun, kadangkala ia sekadar indah khabar daripada rupa. Jadi, jangan mudah terpedaya dengan iklan.

    Pengguna harus sentiasa meneliti peranti sebelum membelinya dan jangan terlalu taksub ketika menjadikannya sebagai koleksi.

    Jangan terpedaya dengan jualan

    Ada masanya, promosi jualan juga membuatkan kita teringin membeli sesuatu barangan apatah lagi ia ditawarkan pada potongan harga yang menarik. Lagi sekali, jangan mudah terpedaya dengan promosi jualan.

    Lakukan kajian harga

    Seperti biasa, sebelum membeli sesuatu, kita pastinya akan melakukan kajian harga terlebih dahulu.

    Pastikan anda amalkan langkah ini agar anda tidak tertipu dengan harga yang ditawarkan.

    Mungkin kedai yang berikutnya menawarkan harga lebih rendah daripada kedai pertama yang anda masuk.

    Teliti spesifikasi

    Mungkin tip ini agak mengelirukan. Peranti pada harga yang begitu tinggi tidak semestinya menawarkan spesifikasi terbaik, manakala peranti yang paling murah pula belum tentu didatangkan dengan ciri yang berkualiti. Pilihlah peranti dengan spesifikiasi yang sesuai mengikut keperluan anda.

    Jangan pilih jenama

    Apple dan Samsung antara jenama besar dalam industri ini. Namun dalam mendapatkan peranti terbaru, anda perlulah berfikiran terbuka.

    Jenama yang kurang terkenal tidak semestinya menghasilkan produk yang tidak berkualtiti tinggi dan begitu juga sebaliknya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda