KUALA LUMPUR, 9 APRIL – ASEAN perlu mengutamakan usaha mencari jalan yang mempunyai daya tahan menghadapi krisis ekoran pandemik COVID-19 selepas sekurang-kurangnya 15,477 orang dijangkiti dengan 527 kematian di Asia Tenggara, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Berucap menerusi sidang video Mesyuarat Khas Majlis Penyelaras ASEAN mengenai COVID-19, Hishammuddin berkata, ASEAN mesti bersama