BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Paduka Hairul Arni bin Abdul Majid, hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Emad A.S Al Muhanna di Bangunan Undang-undang hari ini.
Semasa kunjungan hormat tersebut, Yang Berhormat Dato dan Tuan Yang Terutama mengesahkan hubungan erat yang telah lama wujud antara Negara Brunei Darussalam dan kerajaan Arab Saudi serta membincangkan langkah-langkah untuk mempertingkatkan lagi kerjasama antara kedua-dua buah negara.
Yang Berhormat Dato turut menekankan mengenai hubungan baik sedia ada antara Pejabat Peguam Negara dan Kedutaan Kerajaan Arab Saudi di Negara Brunei Darussalam.
TYT Emad A.S Al Muhanna kemudian menyampaikan ucapan penghargaan menteri keadilan di Kerajaan Arab Saudi.
Turut hadir pada kunjungan hormat tersebut ialah pegawai-pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.
