Thursday, March 6, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kerjasama hal ehwal dakwah dua negara

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Rombongan seramai 67 orang dari Yayasan Kejayaan Mualaf Indonesia dan Majlis Taklim Mualaf Kalbar, hari ini, telah mengakhiri lawatan muhibah ke Negara Brunei Darussalam yang bermula 15 Julai lalu bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama dalam bidang dakwah antara kedua-dua buah negara.

    Lawatan juga bertujuan untuk mengadakan perjumpaan dengan pihak Pusat Dakwah Islamiah bagi membincangkan beberapa perkara yang menyentuh mengenai pembelajaran dan pengetahuan bagi para mualaf serta pembiayaan.

    Hadir mengetuai rombongan berkenaan ialah Haji Muhammad Damanhuri atau lebih dikenali sebagai Ustaz Dayak yang berkata, lawatan berkenaan dapat mempelajari banyak hal khususnya dalam pengurusan para mualaf.

    Kuasa Usaha ad interim Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Bandar Seri Begawan, Irwan Iding mengucapkan terima kasih atas usaha rombongan untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua buah negara di bidang dakwah.

    Menurut beliau lagi, dengan adanya usaha berkenaan, KBRI juga akan bersedia memberi sokongan memudah cara kerjasama dari segi ekonomi bagi memastikan pembangunan para mualaf sentiasa terjaga dengan baik oleh Yayasan Kejayaan Muallaf.

    Sepanjang berada di negara ini, rombongan juga berkesempatan mengadakan lawatan ke Darul Karamah, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Muzium Alat Kebesaran Diraja dan banyak lagi.

    Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Rombongan Yayasan Kejayaan Mualaf Indonesia dan Majlis Taklim Mualaf Kalbar bergambar ramai. – Gambar oleh Yusrin Junaidi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda