Saturday, March 1, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kesedaran ancaman jenayah siber

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Untuk meningkatkan kesedaran mengenai jenayah siber, termasuk cara mengenali dan menghindari penipuan dalam talian, Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS) dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan taklimat kepada para pelajar di Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait, kelmarin.

    Hadir mendengarkan taklimat berkenaan ialah Lembaga Gabenor Sekolah, Tan Yong Kui; Pengetua Sekolah Menengah Chung Hua, Dr Chong Kui Kian; Timbalan Pengetua Sekolah Menengah Chung Hua, Kong Yun; dan guru-guru, ibu bapa pelajar dan pegawai dari Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Kuala Belait.

    Taklimat itu bertujuan mendedahkan para peserta kepada trend jenayah siber terkini serta modus operandi yang sering digunakan oleh penjenayah.

    Antara topik yang dibincangkan termasuk pelbagai jenis penipuan dalam talian atau scam serta kepentingan melaporkan kes-kes tersebut kepada pihak PPDB.

    Inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen berterusan PPDB dalam meningkatkan kesedaran daripada pelbagai lapisan masyarakat mengenai ancaman jenayah siber. Dengan membekalkan pengetahuan yang tepat, PPDB berhasrat memperkukuhkan usaha perlindungan terha-dap masyarakat daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian yang semakin berleluasa.

    Selain itu, langkah itu juga menegaskan dedikasi PPDB dalam menangani isu jenayah siber, memupuk kerjasama dan memastikan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.

    Pegawai PPDB menyampaikan taklimat mengenai penipuan dalam talian di Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda