Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kesedaran bahaya Phishing

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jan – Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Brunei (BruCERT) baru-baru ini telah dijemput oleh Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) untuk bekerjasama dalam menganjurkan Jerayawara Kesedaran Keselamatan Siber di Kementerian Kewangan dan AMBD.

    Majlis telah dimulakan dengan Bru-CERT menyampaikan taklimat kesedaran bertajuk ‘Anatomy of Phishing’ yang menggambarkan bagaimana phishing boleh menjatuhkan sesebuah organisasi dengan hanya mengklik pautan berniat jahat (malicious link).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan AMDB, taklimat berkenaan menekankan kepentingan mengenai kesedaran keelamatan dalam kalangan kakitangan termasuk kesedaran mengenai ancaman siber terkini dan akibat terlebih kongsi maklumat.

    Kemudian, BruCERT juga membuat pembentangan ringkas mengenai ‘Money Muling’ untuk menunjukkan tanda-tanda amarannya dan langkah-langkah pencegahan.

    Penganalisis Keselamatan dari ITPSS Sdn Bhd, Awang Eddysham Sanif ketika membuat pembentangan.
    BruCERT menunjukkan bagaimana mudahnya untuk memecahkan kata laluan yang tidak kukuh.

    Selain taklimat, jerayawara kesedaran keselamatan siber pula telah diadakan di kawasan lobi Kementerian Kewangan.

    Pelbagai aktiviti telah disediakan bagi para pengunjung termasuk permainan-permainan yang bertemakan keselamatan siber dan demonstrasi langsung mengenai pengambilalihan webcam, mobile phishing dan Malware Kejuruteraan Balikan (Reverse Engineering Malware) pada peranti-peranti Android.

    Sementara itu, permainan Dont Get Phished pula mencabar keupayaan pengunjung dalam mengenal pasti e-mel penipuan yang memperdaya orang supaya mendedahkan maklumat mereka.

    Permainan Dumpster Diving pula menunjukkan kepentingan membuang dokumen-dokumen yang tidak dikehendaki seperti bil-bil atau resit.

    Tarikan utama jerayawara berkenaan adalah pertandingan Cabaran Kata Laluan di mana para pengunjung dicabar untuk menghasilkan kata laluan kukuh yang mengambil masa lama untuk dipecahkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda