Wednesday, July 3, 2024
29.3 C
Brunei

    -

    Tingkat kesedaran belia melalui program literasi

    Oleh Nurdiyannah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Sebagai salah satu landasan dalam menyampaikan maksud rasmi dan maksud kerajaan dalam kalangan belia, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik telah menganjurkan Program Literasi Penerangan bagi Belia Daerah Brunei dan Muara.

    Program dua hari yang bermula kelmarin hingga hari ini berlangsung di Auditorium, Bangunan Tambahan, Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama, Berakas. Program tersebut telah disertai oleh 34 mahasiswa dan mahasiswi dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis pembukaan program berkenaan ialah Pemangku Ketua Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik, Dayang Saadiatul Nur Aqilah binti Haji Jaman.

    Majlis kemudiannya diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Dayang Mufidah binti Abdul Hakim selaku pengerusi program berkenaan.

    Dalam ucapan alu-aluannya beliau menyatakan program tersebut merupakan salah satu inisiatif Jabatan Penerangan menggunakan pendekatan Whole of Nation dan Whole of Government yang dihasratkan untuk melahirkan para belia berwawasan, mempunyai jati diri yang kukuh serta memiliki nilai luhur cintakan agama, bangsa dan negara serta memupuk rasa tanggungjawab ke arah memastikan Wawasan Brunei 2035 tercapai dengan jayanya.

    Beliau menambah, program tersebut dihasratkan dapat meningkatkan kesedaran para peserta tentang betapa pentingnya peranan belia membangun negara dan berharap ia mampu memberi pulangan positif selain menerima ilmu, maklumat serta kemahiran yang baharu.

    “Para belia diharap akan berkembang untuk lebih siap siaga menghadapi cabaran dan menyahut gagasan bagi menjadi belia yang cemerlang serta berwawasan dalam melibatkan diri secara menyeluruh dalam semua peringkat masyarakat,” jelasnya lagi.

    Sepanjang program berkenaan, para peserta program didedahkan dengan pelbagai maklumat semasa termasuk memahami konsep keterangkuman melalui pengisian taklimat, aktiviti dan lawatan yang diaturkan.

    Dayang Saadiatul Nur Aqilah bergambar ramai pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jepun lancarkan wang kertas baharu

    TOKYO, 3 JULAI - Jepun hari ini mula mengeluarkan wang kertas baru 10,000 yen (AS$61.9), 5,000 yen dan 1,000 yen menandakan reka bentuk semula...