Oleh Daniel Lim
KUALA BELAIT, 25 April – Kumpulan Syarikat-syarikat Serikandi dengan kerjasama Biro Mencegah Rasuah (BMR), Jabatan Perdana Menteri, baru-baru ini, telah mengadakan taklimat mengenai pencegahan rasuah dan tindakan undang-undang bagi kakitangan syarikat berkenaan.
Diadakan di dewan Restoran Serikandi di sini, taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Siasatan Khas Kanan, BMR, Haji Muhamad Hisham bin Haji Sulaiman.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat-syarikat Serikandi, Shaikh Haji Khalid bin Shaikh Haji Ahmad bersama beberapa orang pegawai dan 60 orang kakitangan syarikat berkenaan.
Bermatlamat untuk menyebarkan maklumat mengenai pelbagai topik yang berkaitan dengan rasuah, salah laku, penerimaan hadiah dan langkah-langkah pencegahan rasuah, taklimat berkenaan juga menyentuh mengenai integriti dalam menangani rasuah.
Dengan adalah taklimat berkenaan, kumpulan syarikat berkenaan dan BMR berharap bahawa kakitangan syarikat akan lebih berpengetahuan untuk memerangi rasuah serta melaksanakan langkah-langkah pencegahan.
