Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Tingkat kesedaran isu buli dalam kalangan kanak-kanak dan remaja

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Program Brunei Bebas Buli bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja akan isu buli, yang mana jika tidak diberikan intervensi awal boleh mendatangkan kesan negatif kepada ketumbesaran mereka termasuklah impak kepada kualiti kesihatan mental mereka dalam jangka masa yang panjang.

    Program itu juga dihasratkan sebagai sebuah platform pemberigaan langkah-langkah yang dapat dan perlu dilaksanakan oleh para remaja, guru-guru, teman-teman, ibu bapa serta masyarakat pada amnya dalam sama-sama membendung isu buli, dan seterusnya menjadikan negara kita, Brunei Darussalam bebas daripada gejala buli. 

    Sehubungan dengan itu, Pusat Promosi Kesihatan melalui Kumpulan Strategi Kesihatan Mental berkerjasama dengan Bahagian Kaunseling, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Hajah Saleha mengadakan aktiviti Brunei Bebas Buli untuk Pelajar-pelajar Tahun 9 dan 10 di sekolah berkenaan pada 23 April lalu.

    Sementara itu, Pusat Promosi Kesihatan melalui Kumpulan Strategi Kesihatan Mental telah bekerjasama dengan Bahagian Kaunseling, Sekolah Ugama Beribi mengadakan aktiviti Brunei Bebas Buli untuk pelajar-pelajar sesi pagi di Sekolah Ugama Beribi, Gadong pada 24 April lalu.

    Sesi aktiviti di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Hajah Saleha disertai oleh seramai 542 orang pelajat Tahun 9 dan 10. Manakala itu, aktiviti di Sekolah Agama Beribi disertai oleh seramai 200 orang pelajar sekolah berkenaan.

    Aktiviti berkenaan merupakan salah satu aktiviti tahunan Program Brunei Bebas Buli iaitu salah satu Program Jangkauan Sekolah untuk Program Mempromsikan Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Remaja di bawah Pusat Promosi Kesihatan.

    Dalam aktiviti berkenaan, taklimat mengenai Brunei Bebas Buli dan cara-cara menghentikan isu buli telah disampaikan oleh Pegawai Psikologis, Pusat Promosi Kesihatan, Dayang Zahratul ‘Azimah binti Haslin.

    Di samping itu, beberapa aktiviti menarik turut diadakan bersama dengan beberapa orang pegawai dan kakitangan Pusat Promosi Kesihatan.

    Pusat Promosi Kesihatan melalui Kumpulan Strategi Kesihatan Mental bekerjasama dengan Bahagian Kaunseling, Sekolah Ugama Beribi mengadakan aktiviti Brunei Bebas Buli untuk pelajar-pelajar sesi pagi di Sekolah Ugama Beribi, Gadong. – Gambar serahan Pusat Promosi Kesihatan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...