Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kesedaran keselamatan makanan

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac – Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan akan terus meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan dan keselamatan makanan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam industri makanan dan orang awam melalui beberapa bengkel.

    Perkara itu ditekankan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi ketika menjawab soalan mengenai inisiatif menangani gejala obesiti dan keselamatan makanan yang diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu pada Persidangan Majlis Mesyuarat Negara di ibu negara hari ini.

    Menurut Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Zulkarnain, pihaknya akan terus mengadakan bengkel berkenan, malah sesetengah kedai-kedai dan juga pasar raya sudah pun mengambil langkah positif menggunakan logo makanan sihat.

    MMN Logo 2017

    Yang Berhormat Pehin Haji Hasrin.
    Yang Berhormat Pehin Haji Hasrin.

    Ia akan dilaratkan kelak setelah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penjual dan pembeli.

    Manakala mengenai isu keselamatan makanan, logo makanan sihat tidak sahaja memastikan makanan itu selamat dimakan, malah memberikan penerangan mengenai kandungan kalori, lemak dan juga penyediaan makanan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda