Saturday, July 6, 2024
27.5 C
Brunei

    -

    Tingkat kesedaran kewangan pelajar PTE Sengkurong

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), dengan kerjasama Kementerian Pendidikan telah mengadakan Jerayawara Kesedaran Kewangan sempena Hari Menabung Kebangsaan (NSD) 2024 yang terakhir di Pusat Tingkatan Enam Sengkurong, pada hari ini.

    Jerayawara tersebut turut dijayakan bersama Pasukan Polis Diraja Brunei, Tabung Amanah Pekerja (TAP), Cyber Security Brunei (CSB), Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), BIBD Securities, Bank Baiduri, Standard Chartered Securities, dan Takaful Brunei Keluarga (TBK).

    Para pempamer memperkenalkan kepada pelajar beberapa topik kewangan seperti menabung, takaful dan insurans, perancangan persaraan, pelaburan, dan perlindungan pengguna kewangan melalui aktiviti-aktiviti interaktif yang bersesuaian dengan umur mereka.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara iaitu Yang Berhormat Dr Haji Mahali bin Haji Momin dan Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin.

    Pegawai-pegawai kanan daripada MOE dan BDCB juga turut hadir untuk menyokong acara celik kewangan itu.

    Siri Jerayawara Kesedaran Kewangan NSD 2024 telah berjaya mencapai seramai lebih 2,100 pelajar Tahun 3 hingga 5 dari sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama di keempat-empat daerah.

    Acara seterusnya bagi NSD 2024 ialah Pesta Kewangan yang dirancang diadakan di Jerudong Park Playground pada Ogos ini.

    Acara tersebut akan menampilkan pelbagai aktiviti dan program sesuai untuk seisi keluarga.

    Untuk maklumat lanjut mengenai NSD 2024, orang ramai boleh layari www.bdcb.gov.bn dan ikuti akaun Instagram BDCB,@centralbank.brunei.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...