Thursday, July 4, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Tingkat kesedaran literasi kewangan kalangan pelajar

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Usaha terus dilaksanakan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran khususnya dalam kalangan pelajar sekolah mengenai literasi serta celik kewangan dengan Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Kementerian Pendidikan bekerjasama mengadakan Jerayawara Kesedaran Kewangan sempena Hari Menabung Kebangsaan 2024 di Daerah Tutong yang berlangsung di Pusat Tingkatan Enam (PTE) Tutong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Penghulu Mukim Ukong, Yang Berhormat Haji Mohamad Danial @Tekpin bin Ya’akub.

    Turut hadir untuk menyokong acara celik kewangan itu ialah pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan dan BDCB.

    Jerayawara itu menyaksikan kehadiran lebih 390 orang pelajar Tahun 3 hingga Tahun 5 dari sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama di seluruh Daerah Tutong.

    Jerayawara keempat bagi sambutan Hari Menabung Kebangsaan 2024 turut dijayakan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei, Tabung Amanah Pekerja (TAP), Cyber Security Brunei (CSB), Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Bank Baiduri.

    Para peserta pameran memperkenalkan beberapa topik kewangan penting seperti menabung, takaful dan insurans, perancangan persaraan dan perlindungan pengguna kewangan melalui aktiviti-aktiviti interaktif.

    Jerayawara terakhir sempena Hari Menabung Kebangsaan 2024 yang disasarkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah pada Tahun 3 hingga Tahun 5 akan diadakan di PTE Sengkurong pada 3 Julai nanti.

    Pesta Kewangan juga akan diadakan bersempena dengan Hari Menabung Kebangsaan 2024 pada Ogos depan di Taman Permainan Jerudong.

    Acara tersebut akan mempamerkan pelbagai aktiviti dan program sesuai untuk seisi keluarga.

    Yang Berhormat Haji Mohamad Danial @Tekpin semasa meninjau salah sebuah petak pameran ketika jerayawara tersebut. – – GAMBAR OLEH JAMES KON
    Pelajar-pelajar sekolah menyaksikan pameran yang diketengahkan semasa jerayawara berkenaan. – GAMBAR OLEH JAMES KON

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...