Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JULAI – Lebih 150 kilogram (kg) sampah telah dikumpulkan semasa kempen pembersihan pantai anjuran AIA Brunei, baru-baru ini, sempena memperingati Hari Alam Sekitar Sedunia.
Kempen yang diadakan di Pantai Muara dengan kerjasama Green Brunei itu adalah sebagai sebahagian daripada inisiatif AIA One Billion.
Antara peserta yang turut serta pada acara berkenaan.