Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kesedaran memulihara alam sekitar

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 9 JULAI – Green Brunei dan Sekolah Panaga telah bekerjasama dengan ahli komuniti Panaga untuk membersihkan hampir 200 kilogram sisa dari Pantai Panaga, kelmarin.

    Berucap sebelum acara itu, Pengetua Sekolah Panaga, Cindy bin Tahal menyatakan bahawa kebanyakkan sisa yang ditemui adalah botol plastik.

    “Sekolah Panaga telah menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Eko yang diketuai oleh Stephen Coates, yang menggalakkan dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak dari Tahun 3 hingga 8 tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar,” jelasnya.

    Beliau menambah bahawa kempen itu merupakan kerjasama pertama mereka dengan Green Brunei, di mana mereka berhasrat untuk terus bekerjasama bagi memanfaatkan persekitaran tempatan.

    “Pembersihan pantai ini membantu mereka yang terlibat dalam Jawatankuasa Sekolah Eko dengan acara berskala kecil, dalam kesediaan untuk mereplikasi dan mengembangkan konsep pada bulan-bulan dan tahun akan datang.”

    Guru-guru Sekolah Panaga yang hadir membincangkan peluang-peluang projek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk diterapkan dalam bilik darjah, berikutan pemerhatian semasa inisiatif pembersihan berkenaan.

    Di samping itu, sesi perbincangan turut menyaksikan cadangan membina sistem pengurusan sisa bagi membantu mengatasi dan mengumpul sisa dalam sistem longkang yang masuk ke lautan.

    “Menghubungkan pembelajaran di dalam bilik darjah kepada tujuan praktikal ialah cara yang berkesan untuk menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, memberikan makna bagi pembelajaran,” katanya.

    Antara peserta yang mengambil bahagian semasa kempen berkenaan. – Gambar serahan Sekolah Panaga
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda