Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kesedaran memulihara alam sekitar

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    TUTONG, 4 JULAI – Sebagai salah satu inisiatif dan usaha dalam menjaga kebersihan dan keselamatan orang awam, Jabatan Daerah Tutong (JDT) telah mengadakan Kempen Kebersihan di bawah Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan (JIIK) bermula dari
    kawasan Pantai Seri Kenangan hingga ke Simpang 281 dan juga di Kampung Penabai, pagi tadi.

    Menerusi kempen berkenaan, ia lebih memfokuskan pada sampah sarap, rumput-rumput panjang yang terbiar, longkang-longkang yang kotor dan tersumbat dan pokok-pokok yang perlu ditebang.

    Mengetuai pelaksanaan kempen itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, bersama para pemimpin akar umbi beserta Majlis Perundingan Mukim Pekan Tutong, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkarai, MPK Penabai, ketua-ketua bahagian dan unit di JDT.

    Sebanyak 237 kilogram sampah telah berjaya dikumpul semasa kempen tersebut.

    Sehubungan itu, sesiapa yang didapati melakukan kesalahan membuang sampah dan kotoran di tempat awam boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021 iaitu mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah bab tersebut, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $1,000 dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama.

    Manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    Manakala badan-badan korporat yang melakukan kesalahan pertama di bawah bab tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $2,000 dan tidak melebihi $10,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $10,000 dan tidak melebihi $30,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Dalam pada itu, Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Jabatan Daerah Tutong (BPPJDT) akan berterusan untuk memastikan penguatkuasaan Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian Pindaan 2021 Penggal 30 sentiasa dipatuhi oleh individu dan syarikat-syarikat dari semasa ke semasa.

    ATAS & BAWAH: Antara yang turut serta semasa kempen berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TUTONG
    GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TUTONG

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Rockets atasi Cavs