Wednesday, February 12, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kesedaran pelajar mengenai bahaya kebakaran

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Seramai 450 orang guru, penuntut dan kakitangan Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) telah menghadiri Taklimat Keselamatan Kebakaran yang diadakan untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran di samping memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran, baru-baru ini.

    Taklimat yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Cawangan Operasi A itu turut dihadiri oleh Pemangku Pengetua SMALHB, Hajah Hamdiah binti Haji Salleh, timbalan pengetua serta guru-guru kanan sekolah berkenaan.

    Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), latihan pengosongan bangunan seharusnya dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan keberkesanan prosedur dan bersistematik.

    Antara pelajar yang hadir semasa taklimat keselamatan kebakaran berkenaan. – Gambar Serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda