Thursday, October 24, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kesedaran pematuhan cukai pendapatan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Bagi meningkatkan kefahaman kepada syarikat mengenai pentadbiran cukai di negara ini serta membantu syarikat untuk meningkatkan kesedaran terhadap pematuhan Cukai Pendapatan Korporat, Sesi Pembarigaan Cukai Pendapatan Korporat, kelmarin telah diadakan di Bilik Serbaguna 2, Tingkat 3, Island Block, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE).

    Sesi pembarigaan anjuran MOFE melalui Bahagian Hasil itu telah disampaikan oleh Pegawai Kewangan dari Bahagian Hasil, MOFE, Awang Nor Taufiq bin Haji Rajali.

    Dalam sesi itu, beliau antara lain telah menjelaskan secara menyeluruh tentang Cukai Pendapatan Korporat termasuk Basis of Assessment, Pematuhan Cukai, Perkiraan Cukai dan Pemfailan Cukai selaras dengan Akta Cukai Pendapatan, Penggal 35.

    Awang Nor Taufiq semasa memberikan penjelasan mengenai Cukai Pendapatan Korporat. – GAMBAR SERAHAN MOFE
    Antara yang hadir pada majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN MOFE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda