Saturday, February 8, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kesedaran pemuliharaan melalui ukiran

    BULAWAYO, ZIMBABWE – Satu bahagian kecil pada satu masa, Chamunorwa Shuramatongo dengan caranya tersendiri berjuang menentang pemburuan haiwan haram dengan karya seni indah ukiran kayu patung haiwan.

    Artis berbakat dari Bulawayo, bandar kedua terbesar di Zimbabwe, menggunakan kayu daripada pokok kering untuk membuat karya seni ukiran tangan yang menggambarkan kepelbagaian hidupan liar Zimbabwe.

    “Apa yang saya katakan ialah mari kita memulihara hidupan liar kita supaya apabila pelancong datang dan melihatnya, mereka akan memberikan mata wang asing untuk kerajaan dan menyokong kita dengan membelinya supaya kita dapat mencari rezeki,” kata Shuramatongo kepada Xinhua di bengkelnya.

    Baginya, seni bukan sekadar minat, atau cara mencari rezeki, dia percaya ia boleh digunakan sebagai medium untuk menyebarkan kesedaran tentang isu-isu yang penting dalam masyarakat.

    Beliau berkata, setiap ukirannya yang diperbuat daripada kayu berlian (ironwood) mengenai spesies terancam di kawasan hutan belantara yang luas di negara ini.

    Seorang pengukir membuat patung singa di Bulawayo, Zimbabwe. – Xinhua
    Gambar menunjukkan patung kerbau yang diperbuat daripada kayu berlian. – Xinhua

    Zimbabwe, destinasi safari terkenal, adalah rumah kepada beberapa haiwan paling ikonik di Afrika, tetapi pemburuan haram yang berleluasa mengancam kelangsungan hidup haiwan tersebut.

    Shuramatongo dan ramai artis lain dari Bulawayo bergantung pada pendapatan pelancong, dan kemusnahan hidupan liar dan alam sekitar memberi kesan langsung kepada mata pencarian mereka.

    Untuk memainkan peranan kecil mereka sendiri, mereka menggunakan seni untuk meningkatkan kesedaran tentang bencana perdagangan haiwan haram. Hasil seni mereka yang diperbuat daripada kayu berlian, dalam saiz yang berbeza, meliputi semua haiwan, daripada lima haiwan besar termasuk gajah, singa, badak sumbu, kerbau dan harimau kepada spesies lain termasuk zirafah.

    Kayu berlian, banyak terdapat di wilayah Matabeleland, ibu kotanya adalah Bulawayo, sangat padat, yang menjadikannya sesuai untuk ukiran.

    Menurut pengukir, yang kebanyakannya bergantung kepada pelancong asing, berkata mereka menanggung beban akibat pandemik COVID memandangkan jumlah pelancong yang melawat Zimbabwe untuk tujuan safari menurun secara drastik sejak dua tahun lalu.

    “Kekurangan pelancong menjejaskan kerja kami kerana ada orang ketiga yang bukan artis yang kini giat membeli produk. Saya tidak lagi mempunyai akses kepada pelancong, mereka kini berurusan dengan orang ketiga dan kami kekal di belakang tabir,” kata Shuramatongo.

    Bulawayo kaya dengan sejarah budaya dan merupakan salah satu bandar tertua dan penting dalam sejarah di Zimbabwe.

    Berbeza dengan artis dari ibu kota Harare yang kebanyakannya menggunakan batu untuk membuat arca ekspresif, artis di Bulawayo kebanyakannya menggunakan kayu berlian yang banyak terdapat di kawasan sekitar.

    Tahun ini, penjual curio di Bulawayo menggunakan Pameran Perdagangan Antarabangsa Zimbabwe (ZITF) untuk memasarkan produknya.

    ZITF, yang berakhir pada 30 April lalu, ialah pameran antarabangsa terkemuka di Zimbabwe, dan beribu-ribu peserta mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka setiap tahun.

    Nigel Mhlanga, seorang penjual curio berkata dia menjangkakan untuk membuat lebih banyak jualan tahun ini berikutan peningkatan trafik ke bandar itu hasil daripada pameran perdagangan itu.

    “Sebagai orang yang berkecimpung dalam industri seni, kami mahu merebut peluang ini dengan kedua-dua belah tangan supaya orang ramai yang mengunjungi pameran perdagangan itu akan menyokong kami,” katanya.

    Pameran perdagangan tahun ini bertunjangkan pada tema: “Fikir Semula, Bayangkan Semula, Cipta Semula Rantaian Nilai untuk Pembangunan Ekonomi.” – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda