Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kesedaran, perkukuh usaha banteras jenayah pemerdagangan orang

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Bagi meningkatkan kesedaran dan memperkukuh usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang di Negara Brunei Darussalam, Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia (USPM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Taklimat Mengenai Jenayah Pemerdagangan Orang di Muara Port Company Sdn Bhd (MPC).

    Taklimat yang dihadiri oleh seramai 75 orang petugas barisan hadapan MPC itu bertujuan untuk mendidik serta meningkatkan kefahaman para peserta mengenai kaedah mengenal pasti mangsa yang berpotensi terlibat dalam jenayah pemerdagangan manusia di negara ini.

    Melalui sesi tersebut, pihak penguat kuasa menyeru agar agensi-agensi barisan hadapan sentiasa berwaspada dan mengenal pasti individu yang berkemungkinan dieksploitasi sebagai mangsa.

    Dalam hal ini, kerjasama kakitangan MPC amat diperlukan bagi memainkan peranan bersama PPDB dalam memerangi jenayah pemerdagangan manusia di negara ini.

    Sesi bergambar ramai semasa taklimat berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    Antara suasana semasa Taklimat Mengenai Jenayah Pemerdagangan Orang di Muara Port Company Sdn Bhd (MPC). – GAMBAR SERAHAN PPDB
    GAMBAR SERAHAN PPDB
    GAMBAR SERAHAN PPDB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda