Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kesedaran prinsip halal

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT), hari ini, telah mengadakan siri program Halal Lifestyle: Minan Nisa Ilan Nisa dengan kerjasama Majlis Perniagaan Wanita (WBC).

    Program siri pertama itu merupakan inisiatif PPHT dalam usaha meningkatkan kesedaran halal dalam kalangan kaum wanita dan untuk mengongsikan ilmu mengenai halal kepada ahli-ahli WBC.

    Siri taklimat mengenai halal yang berlangsung di Kompleks Delima Jaya itu telah disampaikan oleh Pengarah PPHT, Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim, dan Penolong Pensyarah PPHT, Dayang Nor Surilawana binti Haji Sulaiman.

    Turut hadir mendengarkan taklimat ialah Naib Presiden WBC, Hajah Mordiah binti Haji Jackia dan ahli-ahli WBC yang lain.

    Program antara lain bertujuan untuk melengkapkan kaum wanita dengan pengetahuan konsep dan prinsip halal, konsep asas kebersihan dan keselamatan makanan bagi amalan mampan.

    Inisiatif itu juga dijalankan untuk menyokong matlamat Wawasan Brunei 2035 dan untuk memiliki kualiti kehidupan yang tinggi.

    Ia juga selaras dengan prinsip Maqasid Syariah dalam memelihara akal, akidah, nyawa dan kekayaan serta komitmen global seperti Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) khususnya SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik), SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), dan SDG 5 (Kesaksamaan Jantina).

    Hajah Mordiah hadir bersama ahli WBC lain pada program tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Pengiran Dr Hajah Norkhairiah menyampaikan taklimat halal kepada ahli-ahli WBC. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda