Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kesedaran realisasi Wawasan Brunei 2035

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Golongan belia selaku generasi penyambung jentera pentadbiran kerajaan dan generasi yang merealisasikan Wawasan Brunei 2035, adalah penting bagi mereka untuk mempunyai ilmu pengetahuan serta kesedaran mengenai Wawasan Brunei 2035.

    Sehubungan itu, seramai 26 orang lepasan ijazah dari institusi dalam dan luar negara yang menyertai Program Perkampungan Sivik anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, diberikan penerangan mengenai Wawasan Brunei 2035 semasa Taklimat Wawasan Brunei 2035 yang berlangsung di Bilik Serba Guna, Kompleks Sukan Sungai Kebun, hari ini.

    Taklimat berkenaan disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, Dayang Amalina binti Haji Awang Tengah di mana beliau memberikan penerangan mengenai Wawasan Brunei 2035.

    Para peserta memberikan tumpuan kepada maklumat yang disampaikan dalam Taklimat Wawasan Brunei 2035.

    Program itu merupakan salah satu projek yang dilaksanakan melalui strategi kerja Jabatan Penerangan iaitu Komunikasi Bersemuka, selaras dengan visi jabatan sebagai satu agensi peneraju kerajaan dalam menyampaikan dan memberigakan maklumat rasmi kerajaan termasuk mengenai dasar dan maksud kerajaan agar rakyat dan penduduk memahami, menyokong dan menghayatinya secara berkesan dan seterusnya, menghubungkan rakyat dan penduduk dengan kerajaan, ke arah ‘Membudayakan Masyarakat Bermaklumat’.

    Program itu juga menjadi salah satu platform ke arah melengkapkan para peserta untuk mampu berdaya saing, mampu berdepan segala cabaran serta mampu merebut peluang-peluang pekerjaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda