Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Tingkat keselamatan untuk pengunjung pasar malam

    Baru-baru ini saya dan rakan saya mengunjungi Pasar Malam Gadong untuk membeli juadah makanan.

    Ia kelihatan sangat meriah dengan para peniaga menjual pelbagai juadah dan minuman serta ragam pelanggan yang sedang mencari makanan.

    Namun saya ingin menekankan aspek keselamatannya, di mana ketika saya berjalan di dalam kawasan pasar malam tersebut, saya hampir tersandung disebabkan besi penutup longkang dalam keadaan yang rosak.

    Keselamatan pengunjung dan peniaga di kawasan pasar malam perlu menjadi keutamaan kerana kelalaian kecil boleh membawa kepada insiden yang tidak diingini.

    Ia adalah satu isu yang perlu diberi perhatian serius kerana keadaan ini boleh membahayakan pengunjung dan juga peniaga yang ada di sana kerana penutup tersebut boleh boleh mencederakan sesiapa sahaja yang tidak sedar berjalan melaluinya.

    Saya berpendapat bahawa lebih baik letakkan tanda amaran di kawasan yang berbahaya itu sementara menunggu kerja pembaikan dilakukan.

    Saya juga menyeru orang ramai untuk berhati-hati melalui kawasan berhampiran penutup longkang tersebut untuk keselamatan semua.

    Bak kata pepatah, beringat sebelum kena.

    Ziman Liman

    Foto Canva

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Kebersihan tandas masjid perlu diutamakan

    Setiap kali saya ke masjid untuk solat berjemaah, hati...

    Kekurangan pengangkutan awam sulitkan pelancong

    Bulan lalu, ketika saya melalui jalan Gadong, saya ternampak...

    Mukbang dan realiti dunia

    Malam semalam, saya ada menonton video mukbang, dan pada...

    Masalah keluarga bukan untuk perhatian umum

    Semakin ramai pengguna media sosial yang menggunakan platform tersebut...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...