Oleh Imelda Groves HA
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Dis – Dalam memberikan kesedaran mengenai pentingnya amalan cara hidup sihat di kalangan masyarakat Negara Brunei Darussalam, satu aktiviti latihan kecergasan ‘High Intensity Interval Training’ (HIIT) telah diadakan baru-baru ini.
Aktiviti yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan itu merupakan anjuran UBD Beyond Spectacle 2019 dengan kerjasama DG Fitness semasa acara Bandarku Ceria, di sini.
Aktiviti itu dibukakan secara percuma kepada orang ramai dan sesi latihan kecergasan dipimpin oleh Awang Wadud, seorang jurulatih dari DG Fitness.
Selain untuk memberikan kesedaran akan pengamalan cara hidup sihat, aktiviti seumpama ini juga dihasratkan untuk memberikan pendedahan mengenai bagaimana latihan kecergasan HIIT dilakukan dengan betul.
