Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kesihatan emosi melalui riadah berbasikal

    Oleh Sim Y. H. – 

    TUTONG, 27 OKT – Seramai 35 peserta mengambil bahagian dalam acara Jelajah Berbasikal Mengelilingi Mukim Lamunin dan Mukim Benutan, Tutong, yang berlangsung di Pusat Kemasyarakatan Dataran Gong Tiga, Kampung Lamunin, Tutong, kelmarin.

    Acara anjuran Biro Sukan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lamunin, Tutong, menyaksikan kehadiran Pemangku Penghulu Mukim Lamunin dan Ketua Kampung Lamunin, Awang Saini bin Haji Othman yang sekali gus menyempurnakan pelepasan para peserta.

    Acara yang disertai oleh para peminat berbasikal dari sekitar Daerah Tutong dan Daerah Brunei dan Muara itu menyaksikan para peserta berbasikal sejauh kira-kira 28 kilometer mengelilingi Mukim Lamunin dan Mukim Benutan, Tutong.

    Acara berkenaan merupakan salah satu program Biro Sukan MPK Lamunin yang bermatlamat untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat dan penggemar sukan berbasikal.

    Ia juga merupakan salah satu acara diadakan bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada setiap 10 Oktober.

    Menerusi kegiatan riadah berbasikal, ia dapat mengurangkan tekanan, meningkatkan kesihatan emosi, mengembangkan keterampilan, meningkatkan rasa syukur, kesepakatan serta mengembangkan jaringan bagi memperluaskan hubungan sosial.

    Para peserta bergambar ramai sebelum memulakan acara berbasikal mengelilingi Mukim Lamunin dan Mukim Benutan, Tutong. – GAMBAR SERAHAN MPK LAMUNIN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda