Friday, October 11, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kewaspadaan guna Jambatan SHOAS

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) dinasihatkan untuk meningkatkan kewaspadaan ketika menggunakan jambatan tersebut dengan memandu cermat dan berhati-hati serta mengurangkan had laju terutama ketika kejadian angin kencang.

              Ini adalah berikutan dengan amaran cuaca yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) mengenai amaran hujan, angin kencang dan berpetir yang berlaku ketika ini.

              Jabatan berkenaan turut mengingatkan supaya pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi tanda-tanda lalulintas bagi mengelakkan berlakunya insiden yang tidak diingini.

    GAMBAR FAIL MUIZ MATDANI

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda