Friday, December 6, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat keyakinan diri jururawat, bidan

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 3 NOV – Persatuan Jururawat Brunei Darussalam (PENJURU) hari ini menganjurkan Forum Kejururawatan yang berlangsung di Dewan Persidangan, Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait.

    Forum tersebut menekankan tentang kepentingan keseimbangan dan pemahaman kesihatan mental yang baik terhadap beban kerja yang tinggi, tanggungjawab yang besar dan ketika menghadapi situasi persekitaran terrtekan terutama dalam kalangan pekerja penjaga kesihatan.

    Ia diadakan bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan kecekapan jururawat serta bidan dalam menjalankan tugas masing-masing dengan sempurna.

    Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Di-Pertua PENJURU, Datin Paduka Hajah Suraya Noraidah binti Abdullah. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa jururawat dan bidan juga tidak terhindar daripada bahaya dan risiko yang berkaitan dengan kesihatan mental.

    “Forum tersebut akan dinilai melalui penyelidikan dan usaha juga akan dilakukan untuk mengurangkan risiko ini, di samping menyediakan penjagaan dan perkhidmatan yang diharapkan orang ramai,” tambahnya.

    Datin Paduka Hajah Suraya Noraidah semasa menyampaikan ucapan alu-akuan pada forum itu. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Sebahagian daripada hadirin yang hadir semasa forum tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    Para ahli panel forum itu terdiri daripada penceramah jemputan daripada pelbagai bidang dalam kesihatan mental iaitu Pegawai Jururawat Gred Khas, Hajah Radiah binti Omar; Pengurus Jururawat di Unit Psikiatri Hospital SSB, Haji Aminol Azrin bin Haji Maideen; dan Penolong Kaunselor Penjara, Bahagian Perkhidmatan Kaunseling di Jabatan Penjara, Awang Fariszal bin Ali.

    Setiap penceramah menyampaikan topik berkaitan kesihatan mental, di mana Hajah Radiah membincangkan kepentingan menjaga kesihatan mental seseorang di tempat kerja, manakala Haji Aminol Azrin pula menyentuh tentang cara meningkatkan kesihatan mental jururawat melalui intervensi bukan farmakologi berasaskan bukti.

    Sementara itu, Awang Fariszal turut membincangkan kesihatan mental dari sudut ajaran akidah Islam dan bagaimana ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebelum diakhiri dengan sesi soal jawab.

    Forum tersebut telah dipengerusikan oleh Pegawai Jururawat Hospital SSB, Haji Mohd Reduan bin Abdul Fata.

    Turut hadir, jawatankuasa PENJURU, jururawat dan bidan yang berkhidmat dalam sektor kerajaan dan bukan kerajaan di seluruh negara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda