OIeh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Seramai 26 pengadil tempatan menyertai Kursus Pengadilan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)/ MA, yang bermula hari ini di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Kursus pengadilan berkenaan dikendalikan oleh perwakilan dari Pejabat Pembangunan Pengadil FIFA, Mohamad Rodzali Yacob dan kursus tersebut akan mengambil masa lima hari, bermula hari ini hingga jumaat.
Dalam kursus itu, para peserta akan didedahkan kepada beberapa teori dan ujian amali serta dikehendaki mendapat keputusan lulus dalam ujian kecergasan yang bakal diadakan dalam kursus tersebut.
Menurut Mohamad Rodzali, antara tujuan kursus itu diadakan adalah untuk mempersiapkan para pengadil bagi menghadapi Liga Bola Sepak Kebangsaan seperti Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan sebagainya.
Selain itu, ia juga dapat membantu para pengadil tempatan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai undang-undang dan peraturan terkini FIFA.
