Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat mutu bacaan Al-Quran

    Oleh Rokiah Mahmud –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Dua beradik, Awang Muhammad Adam Muqris bin Mohd Azawan dan Dayang Nur Adelia Muazarah binti Mohd Azawan muncul johan dan naib juara dalam Pertandingan Hafazan Surah-surah Pilihan bagi Kategori A (umur 6-7 tahun).

    Dalam pertandingan anjuran Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tamoi itu, Kategori B (umur 8-9 tahun) dijuarai oleh Awang Khalish Irfan Ziqri bin Khairi Azuwan diikuti oleh Dayang Nur Amelia Maisarah binti Abdul Halim di tempat kedua dan Dayang Zafirah Batarisya binti Zool Helmi di tempat ketiga.

    Manakala itu, bagi kategori C (umur 10-12 tahun), tempat pertama dimenangi oleh Awang Muhammad Razik Afrizan bin Abdullah dengan Dayang Nurdania Qaisara binti Saini di tempat kedua dan Dayang Aqilah Batarisya binti Zool Helmi di tempat ketiga.

    Pemenang pertama membawa pulang wang tunai $100, basikal, beg sekolah dan peralatan sekolah serta baucar untuk membeli barangan sekolah manakala itu, di tempat kedua menerima wang tunai $80, basikal, beg sekolah, peralatan sekolah dan baucar pembelian barangan sekolah.

    Hadir selaku tetamu kehormat untuk menyampaikan hadiah ialah Dato Paduka Haji Mohd Alimin bin Haji Abdul Wahab.

    Majlis turut dimeriahkan dengan bacaan Tarannum Al-Quran oleh Awang Muhammad Yusrun bin Haji Johari.

    Pertandingan bertujuan untuk mengisi aktiviti semasa cuti sekolah dan berharap pertandingan seumpamanya menjadi wadah untuk meningkatkan mutu bacaan Al-Quran dalam kalangan generasi muda, seterusnya sentiasa mencintai dan membaca Al-Quran sebagai amalan harian.

    Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para pemenang dan peserta pertandingan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN AJK MASJID DULI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda