Tingkat mutu pengadilan

Oleh Khairil Hassan

Gambar oleh BBA

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Dalam usaha berterusannya meningkatkan konsistensi dan kualiti pengadilan bola keranjang di Negara Brunei Darussalam, Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA) telah mengadakan Bengkel Pengadil Bola Keranjang baru-baru ini.

Bengkel tersebut dikendalikan oleh instruktor pengadil yang diperakui dari Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA), Ong Boon Biau.

Hadir bagi menyampaikan sijil kepada para peserta bengkel ialah Ketua Pengadil Bola Keranjang, Hing Swee Foh.

Beberapa orang peserta yang terpilih daripada bengkel ini akan dijemput bagi menjalani Klinik Pengadil yang dihoskan oleh FIBA pada 18 hingga 20 Julai ini.

Hing Swee Foh menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta yang menyertai bengkel pengadilan tersebut.