Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tingkat operasi banteras jenayah rentas sempadan

    KOTA KINABALU, 30 OKT – Kerajaan Sabah mahu pasukan dan agensi keselamatan negara meningkatkan operasi secara bersama bagi menangani pelbagai aktiviti jenayah di darat dan laut di negeri itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata perairan Sabah yang luas serta bersempadan dengan negara jiran, boleh mengundang pelbagai aktiviti jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dadah, rokok dan barangan bersubsidi.

    Katanya walaupun situasi tersebut itu memberi pelbagai cabaran namun beliau percaya kerjasama pasukan dan agensi keselamatan negara seperti Maritim Malaysia, polis dan tentera mampu mematahkan aktiviti jenayah itu.

    “Saya berharap latihan bersepadu dalam operasi bersama antara pasukan dan agensi keselamatan negara dipertingkatkan,” katanya berucap merasmikan Eksesais Maritim Perkasa Timur 2/2023 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia hari ini.

    Mengulas eksesais itu, Hajiji berkata ia dapat meningkatkan lagi kecekapan Maritim Malaysia dalam membantu mengawal keselamatan di perairan negara khususnya di Sabah.

    “Kerajaan negeri amat menghargai usaha Maritim Malaysia dan bersedia memberi kerjasama dalam apa jua perkara dan menjadikan agenda utama dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan negara, khususnya di Sabah terjamin,” katanya.

    Katanya Eksesais Maritim Perkasa Timur yang bermula 28 Oktober hingga 4 November merupakan gabungan elemen dalam mengukur kesiagaan dan keupayaan aset-aset Maritim Malaysia. – Bernama

    Datuk Seri Hajiji Noor diberi taklimat semasa melawat Kapal Maritim (KM) Arau di Sabah Port, Kota Kinabalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...