BANDAR SERI BEGAWAN, 15 April – Bersempena kedatangan bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba, ahli Pasukan Pengakap Laut 1063 dan 1005, baru-baru ini telah mengadakan kempen membersihkan kubur di beberapa buah tanah perkuburan orang-orang Islam di Kampung Lambak dan Bukit Bayut serta Kampung Terunjing.
Aktiviti berkebajikan itu diadakan dengan kerjasama daripada ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Lambak, telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan kerja-kerja pembersihan kubur secara bergotong-royong.
Kempen yang diadakan pada setiap tahun itu adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi pembangunan kerohanian para ahli pengakap laut selain dapat mengeratkan lagu hubungan silaturahim di kalangan para penduduk kampung dan memupuk keinginan berbakti serta sumbangan kepada masyarakat.
Aktiviti tersebut juga merupakan sebahagian daripada aktiviti keagamaan dan kebajikan yang dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Lambak dengan kerjasama Pasukan Pengakap Laut 1063 dan 1005.
Aktiviti seumpama itu akan diteruskan lagi ke beberapa buah tanah perkuburan orang-orang Islam di sekitar kampong.