Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tingkat pemeriksaan hotel sebelum Olimpik

    PARIS, 6 DIS – Perancis tidak akan mengehadkan harga hotel semasa Olimpik musim panas ini, sebaliknya akan meningkatkan pemeriksaan untuk memastikan pelawat mendapat nilai wang mereka, kata seorang menteri hari ini.

    Kira-kira 15 juta orang pelawat dijangka menghadiri Olimpik pada bulan Julai dan Ogos, serta Paralimpik pada Ogos dan awal September.

    Hotel-hotel telah menaikkan harga bilik mereka secara langsung semasa Sukan Olimpik dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

    Menteri yang bertanggungjawab terhadap pelancongan, Olivia Gregoire, memberitahu Sud Radio bahawa kerajaan tidak akan mengehadkan harga ini.

    “Tidak pernah ada had harga semasa Olimpik atau Paralimpik di London, Rio atau Beijing,” katanya kepada Sud Radio.

    Gambar Freepik

    Sebaliknya, 900 orang pemeriksa, kira-kira satu pertiga daripada mereka yang bekerja untuk agensi anti penipuan kerajaan, akan diberi tanggungjawab untuk ‘memeriksa harga, keadaan kebersihan serta kelancaran Sukan Olimpik,” katanya.

    “Kesemua 1,600 buah hotel di Paris akan diperiksa sebelum Sukan Olimpik bermula manakala 600 buah lagi telah dikaji semula,” Katanya.

    Di seluruh negara, 10,000 buah hotel dan restoran akan diperiksa menjelang Olimpik.

    “Saya menggesa semua orang – hotel dan restoran – untuk bertanggungjawab… Ia penting agar pelancong Perancis dan antarabangsa mendapat nilai wang mereka,” katanya.

    “Jika tidak, mereka (hotel dan restoran) boleh dikenakan hukuman serius.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...